Pendekatan inkuiri membolehkan murid menggunakan keperluan ingin tahu mereka untuk meneroka sesuatu bidang ilmu. Matlamat dalam pendekatan ini adalah mengembangkan kemahiran dan disiplin intelek yang perlu untuk membangkitkan soalan dan mencari jawapan yang berpunca daripada rasa ingin tahu mereka. Sesuatu pengajaran secara inkuiri dimulakan dengan menyediakan satu situasi yang membingungkan. Individu yang menghadapi situasi sedemikian (secara semula jadi) bermotivasi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dalam model ini, terdapat lima fasa seperti rajah di bawah :
Keterangan Modal Inkuiri :
Fasa 1 : Fasa satu, guru perlu mengemukakan situasi bermasalah dan menerangkan atur cara inkuiri kepada murid. Pembentukan satu kejadian seperti menunjukkan bagaimana sebatang pisau dibuat daripada dua jenis logam yang apabila dipanaskan ia menjadi bengkok, memerlukan murid berfikir. Matlamat akhirnya dalam pengajaran seperti ini adalah bertujuan untuk murid mengalami pembentukan pengetahuan baru.
Fasa 2 : Melibatkan
pemeriksaan proses iaitu murid mengumpulkan maklumat tentang kejadian yang
dilihat atau alami.
Fasa 3 : Uji kaji
dijalankan oleh murid dengan memasukkan elemen-elemen baru dalam situasi untuk
melihat sama ada kejadian itu berlaku dengan cara lain. Di sini murid mungkin
bertanya tentang objek dan guru harus peka serta sedar tentang jenis maklumat
yang diperlukan dan mengubah corak penyoalan.
Fasa 4 : Guru
meminta murid menyusun data untuk membentuk satu keterangan. Mungkin ada murid
yang sukar untuk memahami maklumat dan membentuk pemahaman mengenainya.
Fasa 5 : Murid
diminta menganalisis corak inkuiri mereka. Mereka memerlukan soalan yang
berkesan, soalan yang produktif dan memerlukan maklumat lanjut daripada guru.
Walaupun model inkuiri digunakan pada mulanya dalam bidang sains, namun atur caranya juga sesuai untuk semua bidang. Contohnya, kemahiran hidup, bagaimana proses-proses tumbesaran pokok atau tanaman daripada hanya sebutir biji benih yang kering, boleh dijadikan situasi yang membingungkan murid.
Walaupun model inkuiri digunakan pada mulanya dalam bidang sains, namun atur caranya juga sesuai untuk semua bidang. Contohnya, kemahiran hidup, bagaimana proses-proses tumbesaran pokok atau tanaman daripada hanya sebutir biji benih yang kering, boleh dijadikan situasi yang membingungkan murid.
Senarai Aktiviti Inkuiri Penemuan :
Aktiviti
|
Bahan/keadaan
|
Memerhati
|
Carta, spesimen,benda maujud, model
situasi,proses.
|
Mengukur
|
Panjang, lebar, tinggi, dalam, diameter,
perimeter, jarak,pepenjuru.
|
Menyukat
|
Isipadu, suhu.
|
Menimbang
|
berat
|
Melukis dan melabel
|
Gambar, gambarajah, peta, graf, pelan, carta.
|
Mendengar
|
Cerita, ucapan, laporan, radio, rakaman,
syarahan,ceramah.
|
Membaca
|
Bahan-bahan bertulis dan cetakan
|
Menonton
|
Tayangan vedio, filem,slid, televesyen,
pertunjukan, simulasi
|
Mencerita
|
Idea, masalah, sifat benda, keadaan,
peristiwa
|
Menghurai
|
Prosedur, proses, pemerhatian
|
Menerang, bersoal jawab,berbincang
|
Kesan, sebab, akibat, situasi, proses,
peristiwa
|
Memasang
|
Alat, radas, model
|
Membuat laporan
|
Hasil kajian,eksperemen, lawatan, pemerhatian
|
Menemubual
|
Tokoh, pakar, pekerja dan orang-orang lain.
|
Membuat rujukan
|
Bahan bacaan, spesimen, tokoh
|
Membuat lawatan
|
Ke tempat bersejarah, kawasan perusahaan,
pameran, pertunjukan, ekspo, pusat pelancongan, tempat rekreasi, zoo, taman
tanaman, ladang, hutan rimba, tasik dan lain-lain.
|
Merancang
|
Aktiviti pembelajaran
|
Membuat hipotesis
|
Berkenaan idea, kejadian,fenomena, masalah
|
Membuat eksperimen
|
Untuk mengumpul data, menjelaskan sifat dan
fakta, mencari bukti konsep, prinsip dan teori
|
Membuat kajian
|
Semua situasi
|
Mengumpul data dan maklumat
|
Menggunakan berbagai-bagai cara
|
Permainan
|
Berdasarkan kepada konsep atau prinsip dengan
menggunakan format seperti tangga-ular,teka-teki, silang kata, mencari benda
tersembunyi, jigsaw dan lain-lain.
|
Melakon simulasi
|
Peristiwa, situasi dan kejadian.
|
Memeta
|
Taburan dan lokasi
|
Membuat model
|
Alatan, binaan bentuk bumi, rumah dan
lain-lain.
|
Membanding
|
Objek, situasi, proses
|
Mengelas
|
Benda yang mempunyai persamaan dan perbezaan
|
Menjadual
|
Aktiviti, kepurusan, prosedur.
|
Menyenarai
|
Sifat, benda, langkah, aktiviti, contoh.
|
Menyusun
|
Benda dalam kumpulan atau kategori
|
Menganalisa/mentafsir
|
Data, maklumat
|
Membuat perkiraan
|
Berdasarkan data dan maklumat terkumpul
|
Membuat ramalan telahan
|
Cuaca, kejadian, peristiwa, kemungkinan
|
Menyelesaikan masalah
|
Isu, situasi
|
Membuat kesimpulan
|
Berdasarkan ujikaji, lawatan, kajian
|
Membuat generalisasi
|
Keputusan, Prinsip, hukum, teori
|