Sunday, 1 December 2013

KAEDAH PEMBELAJARAN ( INKUIRI PENEMUAN )


     Pendekatan inkuiri membolehkan murid menggunakan keperluan ingin tahu mereka untuk meneroka sesuatu bidang ilmu. Matlamat dalam pendekatan ini adalah mengembangkan kemahiran dan disiplin intelek yang perlu untuk membangkitkan soalan dan mencari jawapan yang berpunca daripada rasa ingin tahu mereka. Sesuatu pengajaran secara inkuiri dimulakan dengan menyediakan satu situasi yang membingungkan. Individu yang menghadapi situasi sedemikian (secara semula jadi) bermotivasi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dalam model ini, terdapat lima fasa seperti rajah di bawah :

                   Rajah 3 : Lima Fasa Model Inkuiri.





Keterangan Modal Inkuiri  :

 Fasa 1Fasa satu, guru perlu mengemukakan situasi bermasalah dan menerangkan atur cara inkuiri kepada murid. Pembentukan satu kejadian seperti menunjukkan bagaimana sebatang pisau dibuat daripada dua jenis logam yang apabila dipanaskan ia menjadi bengkok, memerlukan murid berfikir. Matlamat akhirnya dalam pengajaran seperti ini adalah bertujuan untuk murid mengalami pembentukan pengetahuan baru. 

Fasa 2Melibatkan pemeriksaan proses iaitu murid mengumpulkan maklumat tentang kejadian yang dilihat atau alami. 

Fasa 3Uji kaji dijalankan oleh murid dengan memasukkan elemen-elemen baru dalam situasi untuk melihat sama ada kejadian itu berlaku dengan cara lain. Di sini murid mungkin bertanya tentang objek dan guru harus peka serta sedar tentang jenis maklumat yang diperlukan dan mengubah corak penyoalan.
 

Fasa 4 Guru meminta murid menyusun data untuk membentuk satu keterangan. Mungkin ada murid yang sukar untuk memahami maklumat dan membentuk pemahaman mengenainya.

Fasa 5 Murid diminta menganalisis corak inkuiri mereka. Mereka memerlukan soalan yang berkesan, soalan yang produktif dan memerlukan maklumat lanjut daripada guru.


Walaupun model inkuiri digunakan pada mulanya dalam bidang sains, namun atur caranya juga sesuai untuk semua bidang. Contohnya, kemahiran hidup, bagaimana proses-proses tumbesaran pokok atau tanaman daripada hanya sebutir biji benih yang kering, boleh dijadikan situasi yang membingungkan murid.


 







Senarai Aktiviti Inkuiri Penemuan :

Aktiviti
Bahan/keadaan
Memerhati
Carta, spesimen,benda maujud, model situasi,proses.
Mengukur
Panjang, lebar, tinggi, dalam, diameter, perimeter, jarak,pepenjuru.
Menyukat
Isipadu, suhu.
Menimbang
berat
Melukis dan melabel
Gambar, gambarajah, peta, graf, pelan, carta.
Mendengar
Cerita, ucapan, laporan, radio, rakaman, syarahan,ceramah.
Membaca
Bahan-bahan bertulis dan cetakan

Menonton
Tayangan vedio, filem,slid, televesyen, pertunjukan, simulasi
Mencerita
Idea, masalah, sifat benda, keadaan, peristiwa
Menghurai
Prosedur, proses, pemerhatian
Menerang, bersoal jawab,berbincang
Kesan, sebab, akibat, situasi, proses, peristiwa
Memasang
Alat, radas, model
Membuat laporan
Hasil kajian,eksperemen, lawatan, pemerhatian
Menemubual
Tokoh, pakar, pekerja dan orang-orang lain.
Membuat rujukan
Bahan bacaan, spesimen, tokoh

 Membuat lawatan
Ke tempat bersejarah, kawasan perusahaan, pameran, pertunjukan, ekspo, pusat pelancongan, tempat rekreasi, zoo, taman tanaman, ladang, hutan rimba, tasik dan lain-lain.
Merancang
Aktiviti pembelajaran
Membuat hipotesis
Berkenaan idea, kejadian,fenomena, masalah
Membuat eksperimen
Untuk mengumpul data, menjelaskan sifat dan fakta, mencari bukti konsep, prinsip dan teori
Membuat kajian
Semua situasi
Mengumpul data dan maklumat
Menggunakan berbagai-bagai cara

Permainan
Berdasarkan kepada konsep atau prinsip dengan menggunakan format seperti tangga-ular,teka-teki, silang kata, mencari benda tersembunyi, jigsaw dan lain-lain.
Melakon simulasi
Peristiwa, situasi dan kejadian.
Memeta
Taburan dan lokasi
Membuat model
Alatan, binaan bentuk bumi, rumah dan lain-lain.
Membanding
Objek, situasi, proses
Mengelas
Benda yang mempunyai persamaan dan perbezaan
Menjadual
Aktiviti, kepurusan, prosedur.
Menyenarai
Sifat, benda, langkah, aktiviti, contoh.
Menyusun
Benda dalam kumpulan atau kategori
Menganalisa/mentafsir
Data, maklumat
Membuat perkiraan
Berdasarkan data dan maklumat terkumpul
Membuat ramalan telahan
Cuaca, kejadian, peristiwa, kemungkinan
Menyelesaikan masalah
Isu, situasi
Membuat kesimpulan
Berdasarkan ujikaji, lawatan, kajian
Membuat generalisasi
Keputusan, Prinsip, hukum, teori
 


No comments:

Post a Comment